
KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menghadapi gangguan bekalan air, menurut ciapan oleh Malaysia Airports di Twitter, pada Jumaat.
“Sebagai langkah segera, kami telah memaklumkan syarikat penerbangan untuk mengisi pesawat mereka di tempat asal sebelum berlepas ke BKI (Kota Kinabalu) manakala kedai F&B (makanan dan minuman) di lapangan terbang diminta menyediakan peralatan dan perkakas pakai buang.
SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more “Kami juga akan menutup beberapa tandas buat sementara waktu sementara kami membeli air mineral secara pukal untuk diletakkan di tandas yang masih dibuka untuk kegunaan penumpang,” menurut ciapan itu.
Malaysia Airports juga berkata pihak mereka akan terus memberikan maklumat terkini daripada Jabatan Air Sabah berhubung situasi itu.



