Gangguan IT global tidak jejas perkhidmatan CelcomDigi

20 Jul 2024 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku pada Jumaat tidak menjejaskan operasi serta perkhidmatannya kepada pelanggan, kata CelcomDigi Bhd.

Pengendali rangkaian mudah alih itu dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, perkhidmatannya tidak terjejas sepanjang gangguan tersebut dan pelanggannya dapat menggunakan perkhidmatan data dan suara mereka seperti biasa.

"Hanya sedikit gangguan yang dialami dalam perkhidmatan sokongan, seperti keupayaan tambah nilai, yang diselesaikan dengan segera oleh pasukan pemulihan perkhidmatan kami yang menawarkan alternatif kepada pelanggan untuk terus menambah nilai semasa tempoh tersebut.

"Kami akan terus memantau rangkaian dan perkhidmatan sokongan untuk memastikan pelanggan terus menikmati perkhidmatan CelcomDigi dengan lancar,” katanya.

Pelanggan yang berdepan dengan sebarang masalah berhubung perkara itu diminta menghubungi talian sokongan CelcomDigi untuk mendapatkan bantuan (Celcom: 019-601 1111, Digi: 016-2211 800).

Bagi memastikan pelanggan mendapat maklumat yang lebih jelas, syarikat itu menyiarkan pengumuman berkaitan perkhidmatannya di halaman hadapan laman webnya dan di media sosial, dengan maklumat lebih lanjut tentang sokongan yang diberikan semasa gangguan itu di halaman Notisnya.

Bagi mendapat maklumat lebih lanjut pelanggan boleh melayari www.celcomdigi.com.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved