Gangguan IT Global, Penumpang Penerbangan Di India Dapat Boarding Pass Bertulis

20 Jul 2024 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gangguan IT global yang berlaku pada hari Jumaat, 19 Julai telah menjejaskan operasi syarikat-syarikat besar di seluruh dunia.

Malah, Malaysia turut tidak terkecuali sehingga ramai yang terpaksa bersesak di lapangan terbang KLIA kerana segala proses di situ seperti proses daftar masuk terpaksa dilakukan secara manual.

Memetik laporan Astro AWANI, gangguan IT tersebut juga menyebabkan skrin komputer yang menggunakan Windows Microsoft menjadi biru atau dipanggil Blue Screen of Death.

image is not available

Seorang penumpang di lapangan terbang India pula menjadi tular kerana dia diberikan tiket pesawat atau boarding pass yang terpaksa ditulis manual akibat gangguan IT global itu.

Penumpang berkenaan berkongsikan gambar tiket boarding pass itu di platform X dan telah menjadi perhatian ramai.

image is not available

Dapat dilihat dalam gambar tiket pesawat yang dikongsikan itu bahawa setiap maklumat penerbangan seperti destinasi dan waktu pelepasan telah ditulis tangan dengan menggunakan pen berwarna biru pada tiket berkenaan.

Nampaknya bukan hanya penumpang di lapangan terbang negara India saja yang terpaksa menggunakan boarding pass yang ditulis manual, malah penumpang di lapangan terbang negara-negara lain turut mengalami masalah yang sama berikutan gangguan IT global.

Untuk makluman semua, gangguan IT global ini turut menyebabkan banyak perkhidmatan seperti perbankan, pasar raya dan perkhidmatan dalam talian terjejas.

Gangguan ini dilaporkan berlaku berpunca dari kemas kini perisian yang dibangunkan oleh Crowdstrike iaitu syarikat peneraju keselamatan siber global pada platform keselamatan digital mereka.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.