Gangguan rangkaian Celcom di Pahang, Terengganu, pengguna Tune Talk & Yoodo turut terjejas

8 Nov 2023 • 12:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kesan kebakaran kecil yang berlaku pagi ini, Rabu, 8 November 2023, Celcom telah mengumumkan masalah gangguan rangkaian panggilan telefon, SMS dan servis data di laman sosial X.

Kawasan-kawasan yang terjejas  di Pahang termasuklah:

  • Bentong
  • Bera
  • Genting
  • Indera Mahkota
  • Jaya Gading
  • Gambang
  • Jengka
  • Awah Jengka
  • Lepar Utara
  • Gelanggi
  • Jerantut
  • Karak
  • Lipis
  • Maran
  • Sri Jaya 
  • Mentakab
  • Muadzam
  • Bandar Tun Razak
  • Pekan
  • Raub
  • Rompin
  • Temerloh
  • Tg Lumpur
  • Chini
  • Kuantan Metro
  • Kuala Krai
  • Chiku

Manakala di Terengganu, kawasan yang terjejas adalah:

  • Bukit Bading
  • Ketengah
  • Hulu Terengganu
  • Besut
  • Gong Badak
  • Wakaf Tengah
  • Cheneh
  • Pantai Sepat

Turut terjejas kesan kebakaran ini adalah pengguna rangkaian telco MVNO (penyewa rangkaian) Celcom seperti Tune Talk dan Yoodo.

CelcomDigi sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan yang terjejas dan setakat artikel ini ditulis, masih tiada perkembangan terbaharu mengenai masalah rangkaian ini.