CelcomDigi : Pelanggan Di Beberapa Kawasan Pahang Dan Terengganu Alami Gangguan Panggilan, SMS Dan Data Internet

TechnologyDigital
8 Nov 2023 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi kini memaklumkan yang mana terdapat kebakaran kecil yang berlaku, sekaligus menjejaskan perkhidmatan untuk sejumlah pelanggan di beberapa kawasan di Pahang dan Terengganu.

Antara kawasan yang terjejas adalah Bentong, Bera, Genting, Indera Mahkota, Jaya Gading, Gambang, Jengka, Awah Jengka, Lepar Utara, Gelanggi, Jerantut, Karak, Lipis, Maran, Sri Jaya, Mentakab, Muadzam, Bandar Tun Razak, Pekan, Raub, Rompin, Temerloh dan Tg Lumpur, Chini, Kuantan Metro, Kuala Krai, Chiku, Bukit Bading, Ketengah, Hulu Terengganu, Besut, Gong Badak, Wakaf Tengah, Cheneh dan Pantai Sepat.

CelcomDigi menyatakan pengguna di kawasan ini akan alami gangguan perkhidmatan suara, SMS dan juga data internet. Pihak CelcomDigi sedang berusaha untuk memulihkan semua perkhidmatan secepat mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved