Gangguan Sementara Perkhidmatan Kad Debit CIMB Pada 12 Dan 20 Jun 2026

LocalBusiness & Finance
10 Jun 2026 • 5:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gangguan Sementara Perkhidmatan Kad Debit CIMB Pada 12 Dan 20 Jun 2026

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa perkhidmatan Kad Debit CIMB akan tergendala buat sementara waktu berikutan kerja penyelenggaraan terjadual. Berdasarkan notis rasmi, semua transaksi pembelian menggunakan Kad Debit CIMB sama ada di kedai fizikal mahupun secara dalam talian tidak dapat dilakukan pada dua tempoh berikut:

  • Jumaat, 12 Jun 2026 dari jam 2:00 pagi hingga 3:00 pagi
  • Sabtu, 20 Jun 2026 dari jam 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi

Dengan ini, para pengguna disarankan supaya merancang pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan. Pihak pengurusan CIMB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pihak serta memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.