Gangguan sistem isyarat jejas jadual perkhidmatan monorel

18 Jan 2023 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gangguan tersebut mula dikesan pada jam 3.50 petang Rabu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan monorel mengalami kelewatan susulan gangguan sistem isyarat di sepanjang laluan menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan waktu menunggu bertambah.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, gangguan tersebut mula dikesan pada jam 3.50 petang Rabu dan pasukan kejuruteraan telah menjalankan kerja baik pulih bagi mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

"Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut anggota polis bantuan tambahan juga ditempatkan ke stesen-stesen terlibat bagi mengawal kesesakan di stesen dan platform selain memaklumkan penumpang menerusi pengumuman.

Pengguna diminta mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan Monorel. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved