Perkhidmatan LRT Kelana Jaya Pulih

6 Jan 2023 • 7:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang semalam - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kembali pulih selepas kerja-kerja baik pulih akibat gangguan suis pada landasan selesai pada jam 6.42 petang semalam.

Rapid Rail, dalam kenyataan, memaklumkan fungsi suis landasan itu adalah membolehkan tren menukar laluan dari satu landasan ke landasan bersebelahan.

“Pasukan teknikal telah dikerah sejurus gangguan berlaku bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Pihak operasi telah mengaktifkan pelan laluan alternatif dengan menggunakan satu landasan,” menurut kenyataan itu.

Kejadian pertama yang berlaku pada jam 4.24 petang semalam menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Pasar Seni manakala gangguan kedua telah berlaku di antara Stesen Damai dan Stesen Dato’ Keramat pada jam 5.26 petang.

Menurut Rapid Rail, perkhidmatan bas perantara telah disediakan bagi menampung jumlah penumpang  melibatkan enam stesen iaitu dari Stesen KLCC hingga Stesen Setiawangsa sebagai pengangkutan alternatif.

Kakitangan operasi dan Polis Bantuan juga telah ditempatkan di stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas.

Rapid Rail turut memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan susulan kejadian itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved