Gangguan sistem penerbangan global jejas operasi lapangan terbang di Malaysia

23 Dec 2025 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MAHB memaklumkan gangguan tersebut berpotensi menjejaskan proses pengendalian penumpang. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Gangguan sementara melibatkan sistem pemprosesan penumpang global yang digunakan oleh pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia kini menjejaskan proses daftar masuk dan menaiki pesawat di lapangan terbang di Malaysia.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut berpotensi menjejaskan proses pengendalian penumpang, sekali gus mendorong syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kendaliannya mengaktifkan prosedur luar jangka.

“Situasi di semua lapangan terbang kami sedang dipantau dan diuruskan dengan rapi, dengan keselamatan serta keselesaan penumpang kekal sebagai keutamaan utama,” menurut kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved