
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) baru sahaja membuat pengumuman bahawa sistem memproses maklumat penerbangan penumpang yang digunakan oleh lapangan terbang di seluruh dunia kini sedang menghadapi masalah dimana kaunter-kaunter daftar masuk tidak boleh digunakan.
Pihak MAHB telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah salah satu lapangan terbang yang terkesan akibat isu in, dan staf lapangan terbang dilihat sedang membantu pelanggan penerbangan untuk daftar masuk dan menghantar bagasi mereka ke kapal terbang.
A global passenger processing system used by multiple airlines worldwide is currently experiencing a temporary disruption, which may impact check-in and boarding processes.
Airlines in Malaysia Airports have activated contingency procedures, and airport teams are on hand to… pic.twitter.com/9kHOXSglWr
Isu ini dilihat membelenggu kaunter-kaunter daftar masuk untuk semua penerbangan keluar bukan sahaja dari KLIA, tetapi juga sejumlah besar lapangan-lapangan terbang global yang lain, dimana mereka memperlihatkan isu yang sama.
Di lapangan terbang KLIA, pihak MAHB mengatakan bahawa kiosk daftar-masuk sendiri masih boleh digunakan, dan pelanggan penerbangan boleh mencetak tiket penerbangan dan tag bagasi mereka sendiri, dan akan dibantu oleh staf lapangan terbang untuk proses-proses lain.
Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah yang menyebabkan isu kepada sistem pemprosesan maklumat penerbangan, dan bilakah ia akan dipulihkan seperti biasa.



