Gara-gara Bau Masak Kuat, Tuan Rumah Diserbu Pihak Berkuasa Lepas Jiran ‘Complain’

LocalFood
10 Dec 2025 • 5:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membuat satu lawatan ke sebuah rumah berkenaan dengan aduan gangguan bau aktiviti memasak yang terletak di Taman Puncak Bertam semalam.

Menurut sumber, lawatan tersebut diketuai oleh Clr. Juhari bin Ahmad Salleh, Ahli Majlis MBMB DUN Kesidang bagi mengenal pasti punca dan isu aduan yang diadukan.

Kes masak pun nak buat aduan – Netizen

Dalam serbuan tersebut, mereka menasihati pemilik rumah untuk tidak memasak dalam kuantiti yang banyak. Biarpun tidak menjelaskan tujuan aktiviti memasak, mereka turut menasihati tuan rumah dan pekerja yang ada di dalam rumah tersebut untuk mengambil suntikan thypoid.

image is not available
image is not available image is not available

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terkejut, ada yang mengecam tindakan jiran dan ada juga yang menyatakan mungkin masakan tersebut telah menyebabkan gangguan yang melampau.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendakwa mengenali lokasi tersebut dan mengatakan bahawa rumah itu mempunyai bau tempoyak yang kuat.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang syak bahawa tuan rumah mungkin seorang peniaga dan ia telah menyebabkan gangguan bau yang terlalu kuat hingga mengganggu jiran-jirannya.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article