Gara-Gara Beli Tiket Taylor Swift Di Carousell, Lelaki Dari Kuching Rugi RM11K

10 Jul 2023 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jurutera berputih mata, rugi RM11,530 beli tiket konsert Taylor Swift

Gara-Gara Beli Tiket Taylor Swift Di Carousell, Lelaki Dari Kuching Rugi RM11K. Niat seorang lelaki untuk menghadiri konsert Taylor Swift terpaksa dibatalkan apabila beliau menjadi mangsa penipuan dalam tawaran pembelian tiket konsert tersebut yang dipromosikan di media sosial.

image is not available
Gara-Gara Beli Tiket Taylor Swift Di Carousell, Lelaki Dari Kuching Rugi RM11K. Kredit: Twitter

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di Kuching dan melibatkan seorang mangsa berusia dalam lingkungan 50-an yang merupakan seorang jurutera.

Padah beli tiket di Carousell

Beliau menyatakan bahawa pada 6 Julai yang lalu, mangsa melihat iklan penjualan tiket konsert penyanyi Taylor Swift di laman media Carousell ketika berada di rumah.

“Mangsa yang berminat ingin membeli tiga tiket konsert dengan jumlah keseluruhan RM11,530.

image is not available

“Pada 6 dan 7 Julai, mangsa membuat pembayaran di sebuah bank di Kuching dengan melakukan tiga transaksi pembayaran kepada akaun bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan pada hari Ahad.

Azman menjelaskan bahawa selepas pembayaran dilakukan, suspek tidak dapat dihubungi.

image is not available

“Mangsa sedar bahawa dia telah ditipu dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik: