Pusat Tuisyen Tawar 2 Tiket Konsert Taylor Swift Untuk Pelajar Yang Dapat Markah Tinggi Dalam Ujian

Entertainment
8 Jul 2023 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, ramai peminat penyanyi terkenal Taylor Swift atau Swifties yang kecewa kerana gagal mendapatkan tiket konsert yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun depan di Singapura.

Kemain lama tunggu depan laptop beratur secara virtual tapi tetap tak dapat beli tiket sebab terlalu ramai yang nak beli tiket konsert yang sama. Dengar kata sampai sejuta orang nak dapatkan tiket The Eras Tour tu tau!

Namun, sebuah pusat tuisyen di Singapura ini pula telah berjaya mendapatkan dua keping tiket konsert tersebut.

image is not available

Lebih menarik, tiket-tiket itu bakal ditawarkan kepada pelajar pusat tuisyen itu yang berjaya mendapat markah yang paling tinggi dalam ujian subjek Ekonomi.

Ini kerana pusat tuisyen ETG Economics itu mempunyai pengkhususan pengajaran dalam subjek Ekonomi untuk peperiksaan A-Level dan IB (International Baccalaureate).

Menurut Mothership.sg, dua keping tiket konsert yang sukar didapati itu untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang berdaftar dengan pusat tuisyen tersebut agar lebih bersemangat untuk belajar.

image is not available

Sampai ada yang berseloroh nak mendaftar kelas tuisyen tersebut demi untuk mendapatkan tiket konsert penyanyi yang terkenal dengan lagu Love Story itu.

image is not available

Best jugak ni..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.