Gara-gara Berambut Panjang Makcik Tiba-tiba ‘Sound’ Lelaki Ini Suruh Tutup Aurat Dalam Masjid

Entertainment
5 Apr 2024 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila tengok video ni rasa malu dia sampai ke sini, seorang lelaki yang mempunyai rambut panjang tak pasal-pasal kena tegur dengan seorang makcik ketika berada di dalam masjid kerana tidak ‘menutup aurat’.

Makcik tersebut dikatakan menghampiri lelaki ini dan ditegur kerana dia perlu ‘menutup aurat’ yang memerlukannya untuk menutup rambut. Namun begitu, lelaki tersebut menjawab bahawa dia seorang lelaki.

Dalam video ini, dilihat makcik tersebut masih berkeras menegur lelaki ini biarpun sudah mengetahuinya, dia memberikan alasan yang tidak logik dengan menyatakan lelaki itu masih perlu menutup rambutnya biarpun dia kaum adam.

@mooi1999taylorsversion

Penat la jadi lelaki Lawaaa auntie masjid ni confused ask me tutup rambut ..and i’ll be like *_* ???

♬ original sound – mooi99 – mooi99

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ramai netizen dapat bayangkan rasa malu yang dirasai oleh makcik tersebut setelah melihat video tersebut, malah rata-rata terhibur apabila melihatnya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tapi bila min tengok video ni, min pun rasa malu weh.

Sumber : X, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.