Gara-Gara Cemburu, Suami Tergamak Tikam Isteri Hingga Maut Di Sabah

9 Apr 2023 • 6:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek telah ditahan polis.

Gara-Gara Cemburu, Suami Tergamak Tikam Isteri Hingga Maut Di Sabah. Dilaporkan bahawa seorang wanita warga asing maut dipercayai ditikam oleh suaminya sendiri akibat cemburu dalam kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan Kepayan di Kota Kinabalu semalam.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu ditemukan dalam keadaan parah selepas ditikam beberapa kali di bahagian belakang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

image is not available
Gara-Gara Cemburu, Suami Tergamak Tikam Isteri Hingga Maut Di Sabah

Mangsa sedang membantu kakaknya berniaga sebelum diserang

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang membantu kakaknya yang berniaga sayur di kawasan berkenaan.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan didatangi suaminya yang kemudiannya bertindak menikam mangsa beberapa kali di bahagian belakang sebelum suspek melarikan diri.

Beliau berkata kejadian berkenaan telah disedari oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

image is not available

Mangsa disahkan meninggal dunia

Tambah beliau lagi, mangsa yang parah itu kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunakan ambulans untuk tindak lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 2.21 petang.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berjaya memberkas suspek yang berusia 42 tahun di Jalan Kepayan pada jam 8.30 malam tadi.

image is not available

Motif pembunuhan akibat cemburu

Pihak polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu. Turut dirampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan ketika kejadian oleh suspek yang juga merupakan warga asing.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: