Gara-Gara Guna Baju Melayu, Gadis Kongsi Muka Lebam Ditumbuk Guru Sekolah Di Kuching

11 May 2023 • 4:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ditumbuk hanya kerana memakai baju Melayu

Gara-Gara Guna Baju Melayu, Gadis Kongsi Muka Lebam Ditumbuk Guru Sekolah Di Kuching. Tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita mendakwa adik perempuannya ditumbuk oleh seorang guru lelaki.

Memetik laporan daripada Borneo Post, adiknya memakai baju Melayu ketika menghadiri majlis ramah-tamah aidilfitri di salah sebuah sekolah menengah di Kuching.

Kisah itu dikongsikannya menerusi laman Twitternya.

image is not available
Gara-Gara Guna Baju Melayu, Gadis Kongsi Muka Lebam Ditumbuk Guru Sekolah Di Kuching. Kredit: Twitter

Menerusi ciapannya di Twitter, mereka telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

image is not available

Tambahnya, urusan laporan polis itu dibuat oleh sepupunya kerana beliau sedang menjalani ibadah umrah.

Menurutnya, guru itu pada mulanya mengadu tentang pilihan pakaian adiknya kepada guru lain, termasuk guru disiplin sekolah, tetapi tiada orang lain melihat sebarang sebab untuk mengambil tindakan.

image is not available
gambar sekadar hiasan

Dia juga mendakwa guru itu pernah menyerang pelajar lain secara fizikal.

Wanita itu mempertahankan pilihan pakaian adik perempuannya dengan mengatakan bahawa memakai baju Melayu adalah sebahagian daripada budaya Melayu.

Baca lagi artikel menarik: