Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang gadis yang seolah tidak dapat menerima wajahnya yang sebenar berbanding apa yang dilihat gadis tersebut melalui TikTok.
Menerusi perkongsian di TikTok itu, lelaki berkenaan menyatakan dia meletakkan ‘filter’ supaya menjadi lebih yakin.
Tanpa memikirkan perasaan lelaki tersebut, gadis itu dengan lantang berkata wajah lelaki itu penuh dengan jerawat.
“Muka you banyak jerawat, dalam TikTok lain. I cakap benda yang betul. I malu dengan kawan-kawan I, I cakap dengan kawan-kawan you handsome. Tapi depan-depan macam ni. Tak ada mood dah, rasa nak balik,” katanya.
Dalam hantaran lain, lelaki ini telah mendedahkan wajahnya yang sebenar tanpa menggunakan kesan ‘filter’. Dia juga memohon maaf dengan kekurangannya.
Maaf atas kekurangan, inilah muka sebenar saya tanpa filter☺️
Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus tabah dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya.
Tidak kurang juga ada yang memuji rupa paras lelaki ini dan mengecam kembali tindakan gadis tersebut.
Sumber: TikTok
The post Gara-gara guna filter, lelaki luah rasa kecewa direject gadis kerana wajahnya berjerawat ketika bertemu kali pertama appeared first on The Reporter.




