Gara-Gara Juruterbang Nak Bergambar, Pesawat Pejuang Korea Selatan Bertembung Di Udara

WorldPolitics
23 Apr 2026 • 4:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-Gara Juruterbang Nak Bergambar, Pesawat Pejuang Korea Selatan Bertembung Di Udara

Seorang juruterbang pesawat pejuang Korea Selatan diarahkan membayar pampasan sebanyak 88 juta won (RM235,629) berhubung satu pelanggaran di udara pada 2021 yang berlaku kerana dia cuba merakam foto dan video dirinya sedang terbang, menurut satu laporan rasmi pada Rabu.

Memetik AFP, juruterbang yang identitinya tidak didedahkan itu, dilaporkan mahu merakam video penerbangan terakhirnya sebelum ditukarkan ke penugasan baharu.

Laporan oleh Lembaga Audit dan Pemeriksaan menyatakan bahawa ketika terbang pada kelajuan 578 kilometer sejam (359 batu sejam), dia meminta juruterbang pesawat kedua serta seorang lagi rakan merakam gambarnya menggunakan telefon mereka.

Dalam usaha mendapatkan rakaman terbaik, dia membalikkan pesawatnya dan terbang rapat dengan pesawat lain, menyebabkan kesilapan pertimbangan yang mengakibatkan stabilator kiri iaitu penstabil mendatar pada bahagian ekor pesawat bertembung dengan sayap pesawat tersebut.

Baca juga:

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun tindakan tanpa kebenaran itu menyebabkan kerosakan berjumlah 878 juta won.

"Manuver juruterbang itu, yang tidak diselaraskan dengan anggota formasinya, menyebabkan pesawat tersebut terbalik sehingga 137 darjah supaya bahagian atas pesawat dapat dirakam dalam video,” menurut laporan yang diterbitkan pada Rabu.

Kementerian Pertahanan pada awalnya mengarahkan beliau membayar keseluruhan jumlah kerosakan, namun dia membuat rayuan kepada lembaga berkenaan, yang kemudiannya mengurangkan liabilitinya kepada 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kos pembaikan.

image is not available
Kredit: AFP

Lembaga itu turut mengambil kira bahawa juruterbang lain sebelum ini pernah melakukan rakaman semasa penerbangan, selain beliau masih berjaya mengendalikan penerbangan dengan selamat dan kembali ke pangkalan tanpa menyebabkan kerosakan tambahan.

“Sejak ditauliahkan pada 2010, individu berkenaan telah berkhidmat dalam tempoh yang lama sebagai juruterbang pesawat pejuang dengan mengendalikan pesawat secara selamat,” menurut laporan tersebut.

Walaupun laporan itu tidak menyatakan jenis pesawat yang terlibat, agensi berita Yonhap melaporkan bahawa pesawat tersebut ialah F-15K.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved