Gara-gara LRT Tutup, Lebuhraya Persekutuan ‘Jammed’ Teruk Sampai Pukul 11 Pagi

9 Nov 2022 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasti ramai yang terkejut semalam apabila melihat stesen LRT laluan Kelana Jaya tiba-tiba ditutup sewaktu nak balik kerja, ramai yang patah balik dan mencari alternatif lain untuk pulang ke rumah.

Malah, viral di media sosial semalam memperlihatkan orang ramai berkerumun di Ampang Park dan dikatakan bas pun sudah tidak beroperasi pada malam itu.

Bahkan, hari ini dilihat orang ramai berkerumun untuk naik bas awam dan paling gawat lagi aliran jalan di Lebuhraya Persekutuan jadi semakin sesak kerana jumlah kenderaan yang meningkat.

 

Sesak sampai jam 11 pagi!

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang ini, pasti akan tahu bagaimana keadaan Lebuhraya Persekutuan pada hari-hari biasa. Biarpun sesak, kebiasaannya aliran perlahan akan mula reda apabila menjelang jam 11.

Namun begitu, akibat penutupan stesen laluan LRT yang boleh dikatakan paling ramai pengguna itu, aliran menjadi semakin perlahan dan menurut laporan BERNAMA, jalan masih sesak sekitar jam 11 pagi.

Dilaporkan, sebanyak 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya iaitu dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park akan digantung operasi selama tujuh hari bermula hari ini.

Pihak Prasarana telah tampil memberikan keterangan mengenai hal ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azharuddin Mat Sah mengatakan bahawa ia masih belum dikenalpasti.

Ini kerana terdapat satu gangguan yang menyebabkan isyarat antara pusat kawalan dan tren hilang yang menjadi punca utama tren tidak boleh beroperasi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.