Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

26 Aug 2022 • 2:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kebakaran dipercayai bermula dari perbuatan mengecas laptop atas tilam dan lupa dipadamkan

Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran. Dilaporkan sebuah bilik tingkat atas di sebuah rumah di Bintulu hampir musnah dalam kebakaran malam tadi akibat sebuah komputer riba lupa dipadamkan semasa ia dicas.

Kejadian tersebut berlaku di salah satu rumah dua tingkat di Taman Sebiew Indah, di mana 50% bilik berkenaan didapati musnah akibat kebakaran itu.

image is not available
Gara-Gara Lupa Padam Laptop Yang Dicas, Sebuah Bilik Di Bintulu Hampir Musnah Dalam Kebakaran

Menerima panggilan kecemasan pada 9:57PM

Menurut laporan, Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9:57PM.

Sebaik sahaja sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian, mereka mendapati sebuah bilik di tingkat atas sedang terbakar dan mereka kemudian menggunakan dua aliran salur mula bagi memadamkan kebakaran itu.

image is not available
Kredit foto: FB Sarawak Update

Sebuah pemeriksaan dibuat bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tidak berlaku kebakaran berulang selepas berjaya mengawal api tersebut.

Tindakan anggota Bomba yang tiba ke tempat kejadian dengan pantas serta berjaya mengawal api itu telah menyelamatkan bahagian rumah lain daripada hangus.

image is not available
Kredit foto: FB Sarawak Update

Sebagai peringatan, jangan cas apa2 barang elektronik di atas katil anda sebelum anda tidur sebagai langkah keselamatan! Jika anda perlu mengecas barangan elektronik anda, caskannya di tempat yang lebih selamat di mana kemungkinan berlakunya kebakaran adalah sangat minimum.

Lagi di sini: