Gara-Gara Mengantuk, Wanita Terempuh Trak Tentera

31 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara mengantuk, seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, Melaka, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed mengesahkan mangsa yang berusia 25 tahun dipercayai mengantuk lalu memasuki laluan bertentangan

"Akibatnya, kereta dipandu mangsa bertembung dengan kenderaan berat itu dari arah hadapan yang cuba brek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

image is not available

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang seorang diri ketika kejadian tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Bagaimanapun, pemandu lori tentera yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala empat lagi anggota tentera lain yang berada dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.