Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

26 Aug 2024 • 1:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.


Mohon maaf


“Saya minta maaf di atas kekecewaan besar yang telah saya timbulkan kepada semua,” katanya yang hadir ke balai polis bersama peguam seperti dilaporkan Korea JoongAng Daily.




Naik skuter elektrik untuk pulang

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas kejadian, Suga mengaku mabuk selepas makan malam.

Dia kemudian menggunakan skuter elektrik untuk pulang kerana jarak yang dekat sekaligus tidak sedar jika tidak patut menaiki kenderaan itu saat mabuk.

“Saya menaiki skuter elektrik saat pulang setelah makan malam dan minum.

"Saya fikir jaraknya dekat dan saya tidak menyedari bahawa saya tidak boleh memandu skuter elektrik selepas  minum," katanya


Dia juga menyatakan akan lebih berhati-hati dengan tindakannya pada masa akan datang.