Gara-gara Patung Labubu, Lelaki Ini Jadi Bilionair! Tersenarai 10 Individu Terkaya Di China

Entertainment
2 Jul 2025 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Daripada lakaran ringkas dalam sebuah sketchbook, siapa sangka Labubu ciptaan lelaki kelahiran Hong Kong iaitu Kasing Lung kini menjadi satu fenomena seluruh dunia selepas ianya ‘dihidupkan’ dalam bentuk patung oleh syarikat Pop Mart.

Patung yang memiliki wajah unik daripada mainan ‘blind box’ itu kini menjadi kegilaan semua orang dan menjadikan CEO kepada syarikat Pop Mart iaitu Wang Ning menjadi seorang billionair dan dikatakan kekayaannya melonjak naik dalam masa setahun.

Difahamkan nilai bersih lelaki berusia 38 tahun itu meningkat 4 kali ganda daripada 7.59 bilion dolar pada 2024 kepada 22.1 bilion pada Jun 2025! Demam Labubu ini dilihat mendominasi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat dan ramai orang menghabiskan banyak wang semata-mata untuk mendapatkan satu anak patung ini.

Difahamkan patung yang bersaiz manusia ini pernah dihasilkan dan dijual dengan harga 1.08 juta Yuan ($150,275.51).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by POP MART (@popmart)

Populariti anak patung itu telah menjadikan Wang orang ke-10 terkaya di China dan lelaki termuda terkaya di negara itu, selain pengasas TikTok Zhang Yiming, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun, pengasas Nongfu Spring, Zhong Shansha dan banyak lagi.

Anak patung Labubu ialah mainan mewah dan patung berdasarkan watak daripada siri buku The Monsters yang dicipta oleh seorang pelukis kelahiran Hong Kong, Kasing Lung. Ia diinspirasikan daripada cerita dongeng Nordic dan populariti figura makhluk bunian kecil itu melonjak apabila Lisa daripada kumpulan Blackpink dilihat memilikinya.

Ia kemudian menjadi ikutan sampaikan selebriti turut terjebak mempamerkan anak patung itu, termasuklah Kim Kardashian, Rihanna, Dua Lipa dan ramai lagi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.