Gara-gara Pemandu Terlalu Mengantuk, Penumpang Tolong Pandu Kereta E-hailing

Entertainment
3 Jul 2025 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Disebabkan pemandu e-haling terlalu mengantuk, seorang penumpang menawarkan dirinya untuk pandu kenderaan yang dinaiki bersama isterinya itu pada waktu subuh.

Dalam satu perkongsian video di Facebook itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika penumpang bersama suaminya menaiki sebuah e-hailing sebelum pemandu itu memohon agar pasangan suami isteri itu menempah kenderaan lain kerana tidak mampu meneruskan perjalanan.

“Bila naik e-hailing waktu subuh… kasihan pemandu mengantuk. Tak lama lepas tu dia minta tempah e-hailing lain sebab terlalu letih. Suami bangun tidur dan tawar diri bawa kereta, alhamdulillah sampai juga.”

Dikatakan pemandu itu telah bersetuju untuk berehat di tempat duduk penumpang sementara suami memandu hingga tiba ke destinasi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap penumpang yang tidak melatah sebaiknya memahami situasi pemandu tersebut, bahkan ramai juga yang kasihan dengan nasib pemandu yang sanggup korbankan waktu tidur demi sesuap nasi.

image is not available image is not available

Semoga kebaikan penumpang akan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik dan semoga pemandu sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.