
LUAR NEGARA – Seorang pelari dari Brazil mencuri perhatian ramai apabila aksinya di atas podium selepas tamat perlumbaan menjadi tular di media sosial.
Ketika peserta lain berdiri menunggu giliran menerima hadiah, pelari dikenali sebagai Valdemar Boró itu pula dilihat sibuk menukar bajunya satu demi satu.
Rupanya Setiap Baju Untuk Penaja Berbeza
Rupa-rupanya, setiap helai baju yang dipakai mempunyai logo penaja yang berbeza.
Disebabkan mahu memberi penghargaan kepada semua pihak yang menyokongnya, dia mengambil peluang ketika berada di atas podium untuk mempamerkan setiap baju tersebut kepada orang ramai.
Aksi itu berlaku ketika acara Corrida Duque de Caxias di Jacobina, Bahia, Brazil.
Podium Bertukar Jadi Tempat Tukar Baju
Dalam video tersebut, Boró dilihat beberapa kali menanggalkan dan menyarungkan baju lain sehingga membuatkan orang di sekelilingnya turut tersenyum melihat gelagatnya.
Apa yang pada awalnya kelihatan seperti aksi pelik rupa-rupanya cara pelari berkenaan menghargai penaja yang membantunya sepanjang penglibatannya dalam sukan larian.
Tidak hairanlah video itu mencuri perhatian netizen, dengan ramai yang terhibur melihat podium perlumbaan tersebut seakan-akan bertukar menjadi tempat tukar baju. – The Malaysian Update
The post Gara-Gara Penaja Terlalu Ramai, Pelari Ini Tukar Baju Berkali-Kali Atas Podium appeared first on The Malaysian Update.
