Gara-Gara Perselisihan Faham, Lelaki Maut Dipukul Rakan

1 Jun 2024 • 10:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dengan kecederaan di kepala

Gara-Gara Tak Sama Kefahaman, Lelaki Maut Dipukul Rakan. Dilaporkan, gara-gara perselisihan faham seorang lelaki maut dipukul rakan sekampung dalam pergaduhan di tepi jalan berhadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gaur Podos, Kota Belud.

Pergaduhan berkenaan telah disedari oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud pada jam 2.13 pagi.

image is not available
Gara-Gara Tak Sama Kefahaman, Lelaki Maut Dipukul Rakan. Sumber gambar: Berita Harian

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tepi di kampung berkenaan.

Beliau berkata melalui pemeriksaan, didapati bahawa mangsa mempunyai kesan kecederaan pada bahagian kepala.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 3.30 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud, kata beliau.

image is not available
Sumber gambar: Utusan Borneo

Suspek telah berjaya ditahan

Menurut beliau lagi, bertindak dengan maklumat, pada jam 9.55 malam hari yang sama, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Belud berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 42 tahun.

Siasatan mendapati selepas kejadian itu, suspek melarikan diri dan bersembunyi di kebun Kampung Gaur. Operasi mengesan suspek terus dijalankan di kawasan berkenaan.

“Suspek akhirnya berjaya diberkas di rumah keluarganya ketika mendapatkan bekalan makanan,” katanya.

image is not available
Sumber gambar: Majoriti

Motif dipercayai akibat perselisihan faham yang sudah lama

Mengulas lanjut, Shahrudin berkata, mangsa dan suspek tinggal sekampung dan motif pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham yang sudah lama.

Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam masa yang sama, Shahrudin berkata, orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: