Empat lelaki, termasuk seorang warga emas, masing-masing dikenakan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa selepas didapati bersalah terbabit dalam kejadian pergaduhan di Bandar Setia Alam yang dipercayai berpunca daripada isu teman wanita. Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Yap Sin Huat, 69, Che Kim Cing, 44, Gan Yan Ging, 22, dan See Yi Boon, 22, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman. Foto: Sinar Harian Menurut fakta kes, keempat-empat mereka didakwa bersama-sama menimbulkan kekecohan dan mengganggu ketenteraman awam di tepi jalan kawasan berkenaan kira-kira jam 3.30 petang pada 23 Oktober lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 jika disabit kesalahan. Artikel lain: Isu Tudung Punca Peniaga Dan Pengawal Keselamatan Bergaduh Di Masjid Sepanjang prosiding, peguam bela M Partiben, Mohd Safwan Saleh serta James Chan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan semua tertuduh sudah insaf dan menyesali perbuatan mereka. Namun, Timbalan Pendakwa Raya Muaz Khawarizmi Azfar memohon hukuman setimpal dijatuhkan bagi memberi pengajaran kepada semua pihak. Foto: Kosmo! Sebelum ini, media melaporkan tiga individu ditahan manakala seorang lagi diburu susulan kejadian pergaduhan di Jalan Setia Y U13/Y, Bandar Setia Alam, yang berpunca daripada perebutan teman wanita. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian diterima pada jam 3.51 petang dan pergaduhan itu melibatkan empat lelaki tempatan. Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)Empat lelaki didenda RM800


The post Gara-Gara Rebut Teman Wanita, Empat Lelaki Didenda RM800 appeared first on Borak Daily.



