
Isteri Saman Suami Gara-gara Nama Dalam “Contact” Dianggap Menghina
Seorang mahkamah di Turkiye memerintahkan seorang lelaki membayar pampasan kepada bekas isterinya sebagai ganti rugi material dan moral selepas dia menyimpan nama wanita itu sebagai “montel” dalam telefon bimbit.
Menurut portal Oddicity Central, perkara itu terbongkar semasa prosiding perceraian apabila wanita berkenaan mendakwa gelaran tersebut bersifat menghina dan telah menjejaskan hubungan rumah tangga mereka.
Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan lelaki terbabit membayar pampasan kewangan dalam jumlah yang tidak didedahkan kepada bekas isterinya.
Keputusan itu kini menjadi preseden undang-undang, sekali gus menjadi peringatan kepada para suami di Turkiye supaya lebih berhati-hati dan berfikir dua kali sebelum menyimpan nama pasangan mereka dengan gelaran atau panggilan tertentu dalam telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, kejadian ini turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dengan ada warga maya memuji keputusan tersebut, manakala yang lain berpendapat ‘montel’ mungkin sekadar panggilan mesranya.
Sumber: Oddicity Central
The post Isteri Saman Suami Gara-gara Nama Dalam “Contact” Dianggap Menghina appeared first on Siakap Keli.


![Kenapa Ibu Hamil 28 Minggu Ke Atas Kena Tidur Mengiring? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
