Gara-gara Rupa Mirip Hafidz Roshdi, Penyanyi Ini Ditegur Oleh Orang Awam Dekat R&R

Entertainment
1 Mar 2023 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya adalah pelakon Hafidz Roshdi, kenyataan itu dibuat menerusi laman akaun Twitter miliknya selepas ada orang awam mendakwa dia adalah pelakon tersebut.

 

“Cerita dia semalam dekat R&R ada orang ingat aku Hafidz Roshdi.”

Dalam perkongsian itu, Sharul ada melampirkan satu perkongsian video menunjukkan dirinya bersama pelakon tersebut.

Dalam video tersebut, dilihat Hafidz Roshdi sendiri tidak nafikan bahawa paras rupa mereka berdua memang ada miripnya. Pelakon itu membuat kenyataan bahawa mereka berdua adalah individu berbeza dan memesan agar tidak samakan dirinya dengan Sharul.

“Hafidz : Saya pelakon dia penyanyi..

Sharul : Cukup, jangan nak samakan

Hafidz : Jangan nak sama-sama, kalau nak samakan pastikan benda-benda baik.

Sharul : Lagi satu kau tak boleh buat hal, aku pun tak boleh buat hal, nanti orang kata sama kan, bahaya.

Hafidz : Kau pun tak boleh buat hal jugak”

Majoriti yang melihat video tersebut tidak menafikan bahawa rupa mereka memang seiras, dalam pada itu, ada juga yang menyamakan muka penyanyi ini dengan Akim Ahmad.

 

Kalau trim rambut, silap hari bulan kena serang – Netizen

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Min tengok sekali imbas memang sama, korang rasa?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.