Gara-Gara Satu Rumah Jatuh Sakit, Ayda Jebat Ambil Alih Tugas Memasak... Nabil Puji Hasil Air Tangan Isteri!

26 Nov 2026 • 7:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Gara-Gara Satu Rumah Jatuh Sakit, Ayda Jebat Ambil Alih Tugas Memasak... Nabil Puji Hasil Air Tangan Isteri!

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dirinya cuba menyediakan hidangan buat keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat mengakui itu merupakan percubaan pertamanya untuk memasak sendiri.

Menurut Ayda, dia terpaksa mengambil alih tugas memasak selepas suami, Nabil Mahir dan anak-anak mereka kurang sihat, manakala pembantu rumah pula perlu menjalani kuarantin akibat dijangkiti cacar air.

"Yang korang tunggu jadi ke tak kan? Hahahah!

"Bagi semangat! Percubaan pertama jadi! Kot. Sis kena masak sebab lepas babies dan Nabil influenza, helper pula chicken pox. Kuarantin. So mak mood on.

"Sis cuba. Sorry maaf shakap kalau tak sama dengan style korang, saya baru first time nak masak," tulisnya.

Lebih menarik, suaminya, Nabil Mahir turut memuji hidangan yang disediakan oleh Ayda Jebat.

"Jadi doh, mana awak belajar. Saya tahu bukan beli sebab saya nampak awak masak. Pas sedap," komen Nabil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan artis memuji Ayda kerana berjaya menyediakan hidangan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved