Gara-gara Sebut ‘Batik From Malaysia’, Aisha Retno Diserang Netizen Indonesia

LocalEntertainment
20 Nov 2025 • 5:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Aisha Retno meraih perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman manisnya menemu ramah dua bintang Hollywood terkenal, Ariana Grande dan Cynthia Erivo di tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura.

Pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam itu sempat memberi buah tangan berupa kain batik buat dua selebriti tersebut kerana mahu memperkenalkan budaya Malaysia kepada mereka.

“Saya ada sesuatu buat kamu berdua. Ini adalah batik daripada Malaysia,” ujarnya selepas nyanyi bersama dua selebriti terbabit.

@aisharett

crying crying crying.

image is not available
Representing Malaysia for the wicked premiere,i love u ari,i love u cynthia.I indeed have been changed for good bcs of these two. #wickedmovie

♬ original sound – Aisharetno – Aisharetno

Hantaran video Aisha Retno cetus kemarahan netizen Indonesia

Bagaimanapun, perkongsian video itu membuatkan segelintir netizen Indonesia berasa kurang senang kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Aisha.

Beberapa hantaran milik pelantun lagu ‘Sutera’ itu dibanjiri komen warga seberang yang memperbetulkan kenyataan Aisha dengan menyatakan bahawa asal usul batik dari Indonesia.

Ruangan komen itu turut mencetuskan perdebatan antara netizen Indonesia dan Malaysia. Walaupun netizen Malaysia menjelaskan batik yang diberikan itu adalah corak dan motif khas dari Malaysia, namun tetap disangkal oleh mereka.

Dalam pada itu, Aisha turut memberi respon terhadap komen salah seorang netizen Indonesia yang menjelaskan kepada warganya mengenai kenyataan Aisha.

image is not available

Jelas Aisha, dia meraikan kepelbagaian batik dan menegaskan tidak pernah mendakwa asal usul batik dari Malaysia.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.