Gara-gara ‘Sign’ Gabenor Baru, Peniaga Tak Nak Terima Duit Baru?

Entertainment
10 Jun 2024 • 3:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara baharu memerlukan kebiasaan, contohnya jika ada pelaksanaan undang-undang atau sistem yang baru, kita mesti mengambil masa untuk mempelajarinya.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga kedai yang teragak-agak untuk mengambil wang kertas RM50 kerana terdapat tandatangan Gabenor Bank Negara baru iaitu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook menerusi group, Kuala Terengganu Residen yang mendakwa pemilik kedai enggan menerima wang tersebut kerana ia dianggap palsu.

image is not available

“Duit ini duit betul ke tidak. Sebab beli barang kat sebuah kedai ni.

Pemilik kedai tak nak ambil duit itu sebab dia kata tandatangan pada wang kertas tu, dia tak pernah tengok,” tulisnya.

Sebagai info, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Pelantikan Abdul Rasheed itu adalah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2028.

Beliau mengambil alih jawatan Gabenor daripada Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang menyempurnakan tempoh lima tahunnya pada 30 Jun 2023.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.