Gara-gara ‘Stalk’ & Hidu Kasut Wanita, Pelajar IPTA Ditahan

13 Jul 2026 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 19

Perbuatan gila dan melampau seorang pelajar lelaki di sebuah universiti awam akhirnya memakan diri apabila dia ditahan pihak polis berikutan tindakan mengganggu serta mengekori seorang pelajar wanita sejak April lalu.

Lebih menjijikkan, suspek yang berusia 20-an itu turut tular di platform Threads selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelakuan peliknya mengambil dan menghidu kasut di hadapan sebuah unit pangsapuri.

View on Threads

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan bahawa penahanan suspek dibuat di sekitar Seksyen 7, Shah Alam susulan laporan polis yang difailkan oleh mangsa berusia 22 tahun.

Mangsa yang juga merupakan penuntut universiti awam mengesahkan dirinya sering diganggu dan diekori oleh lelaki yang sama seperti dalam video CCTV yang tular itu.

Bebas Dadah & Tiada Rekod Jenayah

Bertindak atas maklumat dan risikan, pihak polis berjaya memberkas suspek di kawasan Seksyen 7 kira-kira jam 8.30 malam.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 8.30 malam, polis berjaya menangkap suspek di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam.

Semakan mendapati saspek tiada sebarang rekod jenayah serta ujian saringan awal air kencing juga negatif sebarang penggunaan dadah,” katanya.

Disiasat Bawah Kesalahan Mengendap (Stalking)

Siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mengendap secara berulang (stalking). Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Sabryna Taha di talian 014-5130450.

Sumber: Harian Metro, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved