Gara-Gara Suka Mengejek Rakan, Lelaki Maut Dipukul Selepas Main Jutaria

27 Aug 2023 • 2:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Disebabkan permainan jutarian, individu sanggup bunuh kawan sendiri

Gara-Gara Suka Mengejek Rakan, Lelaki Maut Dipukul Selepas Main Jutaria. Gara-gara tidak tahan diejek ketika bermain permainan jutawan, seorang lelaki berusia 24 tahun baru-baru ini nekad untuk membunuh kawan baiknya.

Memetik laporan, insiden tersebut dipercayai berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia, selepas suspek meminta mangsa berusia 25 tahun menghantarnya pulang ke rumah.

image is not available
Gambar hiasan. Foto: cari

Mengejek mangsa secara tiba-tiba ketika bermain

Menurut pegawai polis Ogan Komering Ulu Budi Santoso, mangsa tiba-tiba mengejek suspek ketika kedua-duanya bermain permainan tersebut bersama.

“Suspek kemudian meninggalkan tempat bermain tersebut sebelum menghantar pesanan supaya mangsa datang ke kebun.

“Mangsa yang tanpa rasa curiga terus ke lokasi kejadian. Namun semasa dalam perjalanan, dia dipukul berulang kali menggunakan kayu di bahagian belakang kepala,” ujarnya.

Susulan daripada itu, mangsa jatuh dari motosikal, lalu penduduk kampung bergegas memberi bantuan dan menghantarnya ke hospital berhampiran.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: BH

Disahkan meninggal dunia kerana kecederaan yang dialaminya

Dalam pada itu, mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan yang dialaminya. Bahkan, suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagaimanapun tampil menyerah diri.

Kemuadian Ulu Budi menyatakan bahawa berdasarkan hasil siasatan, suspek mengaku melakukan perbuatan tidak masuk akal itu disebabkan berasa berang dengan mangsa.

Baca juga artikel yang berkaitan: