Gara-Gara Syak ‘Disantau’, Lelaki Ini Pecah Cermin Kereta Saudaranya Sebagai Balasan

14 Oct 2022 • 6:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ni tak tahu nak salahkan siapa dah ni

Gara-Gara Syak ‘Disantau’, Lelaki Ini Pecah Cermin Kereta Saudaranya Sebagai Balasan. Dilaporkan seorang pekerja buruh dari Kuching telah didenda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret apabila didapati bersalah merosakkan kereta milik saudaranya.

Ia difahamkan lelaki tersebut bertindak demikian kerana percayai dia telah ‘disantau‘ oleh saudara berkenaan.

image is not available
Gara-Gara Syak ‘Disantau’, Lelaki Ini Pecah Cermin Kereta Saudaranya Sebagai Balasan

Mengadu badannya sakit dan mengesyaki disihir oleh saudaranya

Menurut laporan, Tam Ah Kim, 46, dilaporkan memecahkan cermin bahagian belakang dan kiri kereta mangsa, yang terletak di luar pagar rumah, di Batu Kawa, Desa Wira pada 7:45PM.

Kejadian yang berlaku pada 8 Oktober lalu itu disedari oleh isteri mangsa dan membuat laporan polis. Tam kemudian ditahan pada 11 Oktober di sebuah tapak pembinaan, di mana dia bekerja.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: The Handy Man

Ia difahamkan Tam bertindak sedemikian kerana kecewa dengan saudaranya (mangsa) menggunakan ilmu hitam terhadapnya dan menyebabkan dia mengalami kesakitan badan.

Siasatan kes mendapati mangsa mengalami kerugian berjumlah sekitar RM1,000.

Lagi di sini: