Gara-gara tak bawa MyKad, lelaki kongsi kisah ditahan & tidur di lokap

14 May 2024 • 6:06 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki berkongsikan pengalaman yang tidak boleh dilupakannya apabila ditahan dan terpaksa tidur dalam lokap selama empat hari kerana tidak membawa kad pengenalan diri (MyKad).

Ketika itu dia berusia 16 tahun dan keluar ke pusat beli-belah The Store Centre Point, Klang.

“Masa umur 16 tahun aku hilang MyKad, dan aku buat permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk dapatkan kad pengenalan sementara. JPN bagi dalam bentuk sekeping kertas.

“Masa itu asyik nak lepak di pusat beli-belah dengan kawan-kawan dan aku tak berani nak bawa kertas tu dalam poket sebab risau akan rosak. Jadi aku simpan dalam almari rumah,” katanya.

Semasa hari kejadian, katanya ada satu operasi khas tangkapan secara beramai-ramai. Ketika itu juga pihak polis meminta mereka kad pengenalan diri. Dia mula rasa cuak.

https://www.tiktok.com/@thejokercho/video/7366134969296506113?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7368648550219171345

“Tak banyak cerita, aku kena gari. Kawan-kawan aku semua lepas sebab ada IC.

“Aku kena ditahan dan dikelilingi dengan warga asing tetapi ada dua hingga tiga orang Melayu lain,” katanya.

Kongsinya lagi, dia dibawa menaiki trak ke Balai Polis Klang dengan bermacam-macam gelagat dan perwatakan.

“Aku kena masuk lokap selama empat hari sebelum dibawa ke mahkamah. Di mahkamah, hakim jatuhkan hukuman penjara satu hari lagi.

“Aku dah risau sebab fikir kena masuk penjara Sungai Buloh. Aku tanya orang sebelah maksud hukuman tu, rupanya kena masuk lokap mahkamah sampai jam 4 petang iaitu empat jam sahaja sebelum bebas,” katanya.

Lelaki ini turut menasihati orang ramai agar sentiasa membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja supaya terlepas dari denda dan hukuman.

Sumber: Jokercho