Gara-Gara Tak Pasang Lampu Kereta, 4 Buah Kenderaan Kemalangan Teruk Di Bau

6 Feb 2023 • 9:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan melibatkan 4 kenderaan di Bau.

Gara-Gara Tak Pasang Lampu Kereta, 4 Buah Kenderaan Kemalangan Teruk Di Bau. Daripada perkongsian Sarawak Roads Update di Facebook, terdapat kemalangan teruk yang melibatkan 4 buah kenderaan di jalan menuju ke Bau sebelum Tondong.

Dalam perkongsian tersebut, punca kemalangan dikatakan adalah angkara kenderaan tersebut tidak memasangkan lampu kenderaan mereka.

image is not available
Gara-Gara Tak Pasang Lampu Kereta, 4 Buah Kenderaan Kemalangan Teruk Di Bau. Kredit foto: FB Sarawak Roads Update

Kenderaan bertembung dengan kereta keluar dari simpang

Kemalangan tersebut juga dikatakan berpunca daripada kereta yang memotong telah bertembung dengan kereta yang keluar dari simpang.

Oleh kerana lampu kenderaan yang tidak dipasang, perkara itu telah menyebabkan kemalangan 4 buah kereta tersebut.

image is not available
Kredit foto: FB Sarawak Roads Update

Pagi berkabus dan gelap menyumbang kepada kemalangan

Keadaan pagi yang berkabus dan gelap juga telah menyumbang kepada kemalangan itu. Setakat ini, belum dipastikan lagi berapa orang yang terselamat atau cedera dalam kemalangan ini.

Jadi buat anda di luar sana yang memandu dalam keadaan yang gelap, jangan lupa nyalakan lampu kenderaan anda. Bukan sekadar nyawa anda sahaja yang berada dalam keadaan bahaya, nyawa orang lain juga akan turut terjejas.

Lagi berita terkini buat anda di sini: