Gara-Gara Tak Puas Hati Dipecat, Lelaki Nekad Bakar Pejabat 

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 10:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gara-Gara Tak Puas Hati Dipecat, Lelaki Nekad Bakar Pejabat

Indonesia – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditangkap apabila membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai di Lampung Utara yang mengakibatkan sejumlah wang tunai kira-kira Rp 500 juta (RM139, 438) turut terbakar, lapor Tribun.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah, Unit Polis Lampung Utara, AKP Stefanus Reinaldo Nuswantoro Boyoh, suspek yang merupakan bekas pengawal keselamatan di Pejabat Perkhidmatan Cukai Utama Kotabumi, Ketua Pengarah Cukai, Kementerian Kewangan bertindak membakar Pejabat Perkhidmatan Cukai Lampung Utara pada Sabtu malam.

“Suspek membakar Bangunan Sub-Bahagian Pematuhan Am dan Dalaman Pejabat Perkhidmatan Cukai Utama Kotabumi, Ketua Pengarah Cukai, Kementerian Kewangan dengan kira-kira Rp 500 juta wang tunai terbakar,” katanya.

Selain daripada itu, alat tulis, komputer riba, penyejuk udara, komputer dan arkib fail turut terbakar.

Suspek mengakui perbuatannya itu disebabkan berang kepada pihak pengurusan apabila dia dipecat daripada pejabat tersebut. Suspek telah dipecat pada Ogos lalu.

Hasil siasatan pihak polis menerusi pemeriksaan rakaman kamera litar (CCTV) tertutup mendapati suspek memasuki bilik alat tulis pejabat tersebut.

“Suspek dengan sengaja menukar arah CCTV menggunakan sebatang paip kemudian keluar daripada bilik tersebut dengan menggendong satu beg sandang,” kata Stefanus lagi.

Stefanus menambah, suspek dipecat kerana dipercayai mencuri sebuah tablet dan beberapa peralatan pejabat. Pihak polis telah merampas sehelai kertas mengandungi pelan lokasi pejabat serta dua batang paip yang digunakan untuk menukar arah CCTV.

Difahamkan setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Tribun