Gara-Gara Terlepas Simpang Di Lebuh Raya, Perodua Axia Selamba Reverse & Redah Laluan Rumput [Video]

LocalCars
9 Jan 2025 • 5:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam pengguna dapat dilihat. Kebanyakannya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kadangkala, ada segelintir yang dilihat mementingkan diri hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka itu.

Apatah lagi, jika perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menjadi punca kemalangan.

Perodua Axia Berundur Kerana Terlepas Simpang Di Persimpangan Lebuh Raya

Itulah yang dilakukan oleh sebuah kereta Perodua Axia apabila pemandunya dilihat nekad mengundur gara-gara terlepas simpang keluar di lebuh raya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @eefitri93, kelihatan kereta berwarna hitam itu pada mulanya memasuki laluan menghala ke Alor Setar, Kedah dan Georgetown, Pulau Pinang.

Namun, dia dilihat mengundurkan kenderaannya sebaik mengetahui laluan yang dilalui adalah salah.

Redah Jalan Berumput Untuk Masuk Persimpangan Di Sebelah

Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu kenderaan berkenaan dilihat selamba melalui jalan berumput berbanding jalan tar semata-mata mahu memasuki persimpangan di sebelah kiri yang menghala ke Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.

Malah, turut kedengaran pengguna yang merupakan pemandu lori itu pada mulanya risau namun terhibur melihat gelagat kereta berkenaan.

“Kereta tak salah, lori yang salah,” seloroh pemilik video itu.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Changkat Jering, Perak.

Ramai Kecam Tindakan Perodua Axia, Boleh Jadi Punca Kemalangan

Video yang telah mendapat lebih 150,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam pemandu Perodua Axia berkenaan.

Bagi mereka, tindakan pemandu kereta tersebut amat berbahaya dan boleh menjadi punca kemalangan lebih-lebih lagi jika terdapat kenderaan lain seperti motosikal yang turut menggunakan laluan tersebut.

Malah, ada yang mahu pihak berkuasa contohnya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap pengguna sedemikian.

Ada juga pengguna yang berseloroh mengatakan salah lori yang berada di belakang kereta terbabit hingga menyebabkan pemandu itu bertindak sedemikian.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Harap PDRM Ambil Tindakan”

image is not available

“Tersilap Ikut Waze La Kot, Biasa La Tu, Kadang Aku Pun Pernah Terlepas Simpang Ikut Waze”

image is not available

“Pemandu Sekarang Banyak Buat Hal, Jalan Raya Dah Macam Tempat Bermain”

image is not available

“Selalu Macam Ini La Jadi Kemalangan, Yang Dari Belakang Lori Bukan Nampak Kereta Depan Reverse”

image is not available

“Kalau Dah Terlajak, Jalan Je Terus. Adoi Memang Membahayakan Keselamatan”

image is not available

“Saya Sanggup Cari Exit Paling Dekat, Pusing Balik Dekat Situ, Jangan Menyusahkan Orang Lain”

image is not available

Source: