Gara-Gara Ulas Isu Suami Tyra Kamaruzzaman, Netizen Dakwa Aazief Khalid Tak ‘Move On’ - “Ex Boyfriend Senyap Lagi Baik”

26 Mar 2025 • 3:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gara-gara menyuarakan pendapat mengenai isu yang sedang tular melibatkan pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman dan suaminya, personaliti media sosial iaitu Aazief Khalid ‘diserang’ netizen.

Netizen kecam

Menerusi perkongsiannya di Thread, Aazief berpendapat keris merupakan lambang negara dan bukanlah hak eksklusif seseorang individu sebaliknya ia sebahagian daripada warisan budaya.

Disebabkan perkongsian pendapatnya itu, rata-rata netizen menganggap Aazief seakan-akan tidak ‘move on’ dengan hubungannya sebelum ini dengan Tyra.

 

Ia berikutan Aazief secara tiba-tiba menyuarakan pendapat mengenai isu bekas kekasihnya dengan jenama pakaian sedangkan anak kepada usahawan Datuk Seri Khalid atau Datuk K itu tidak terlibat sama.

 

“Awak patut diam saja sebenarnya. Nampak sangat tak move on ini.

 

“Kemain la rajin menulis panjang-panjang tapi tak faham isu. Belum move on ke Encik Aazief oi.

 

“Ex BF senyap lagi baik. Bau-bau macam tak move on,” komen beberapa netizen.

 

Isu mengenai jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive yang didakwa meniru rekaan kain samping bermotifkan keris turut mendapat perhatian personaliti media sosial, Aazif Khalid.

 

Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, Aazif tampil meluahkan pendapatnya tentang perkara itu.

 

Jelas Aazif lagi, motif keris merupakan simbol negara dan boleh ditanda (treadmark) sebagai barang fesyen dan sebelum ini juga ada sampin yang serupa pernah dijual.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved