Gara2 lebih manjakan Kacak, Vida pujuk dan cium bibir Cik B

6 Jul 2023 • 4:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak asing lagi kerana hampir setiap perkongsiannya di media sosial sentiasa menjadi perhatian ramai, baik dari segi kisah peribadi dan sebaliknya.

Cik B merajuk, mama cium mulut

Terbaharu, nama usahawan kelahiran Kelantan ini sekali lagi berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi sebuah video memaparkan caranya memujuk anak perempuan, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali Cik B.

Menerusi hantaran tersebut, Cik B dilihat merajuk dengan ibunya kerana tidak dimanjakan seperti adiknya iaitu Kacak atau nama penuh Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin,16.

Pun begitu, Vida segera mendekati Cik B dan duduk bersebelahan dengannya sebelum bertindak mencium bibir meskipun pada awalnya anak perempuannya itu enggan melayani ibunya.

image is not available

image is not available

image is not available

Mana boleh merajuk lama-lama kan

Namun, selepas Vida menciumnya di bibir, Cik B dilihat mula kelihatan tersenyum gembira dan bergurau senda dengan ibu sambil menyanyikan lagu Aspalela yang dinyanyikan oleh pelakon dan pelawak, Saiful Apek.

“Mana boleh merajuk lama-lama kan Cik B,”tulisnya.

Tak manis cium anak perempuan

Bagaimanapun, aksi tersebut menerima reaksi negatif di kalangan warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana dikatakan kurang manis.

Mereka menyatakan perbuatan itu tidak sesuai dilakukan walaupun Cik B dan Vida mempunyai hubungan ibu dengan anak, lebih-lebih lagi sudah memasuki usia 18 tahun.

image is not availableimage is not available image is not available

Kena belajar ilmu pendidikan seks

Tidak kurang juga, ada warganet meminta pelatun lagu I Am Me agar lebih peka dan belajar secara mendalam mengenai pendidikan seksual anak-anak.

image is not available

Bagusnya Kacak

Sementara itu, ada juga individu memuji hubungan akrab mereka anak-beranak lebih-lebih cara Kacak menjaga ibu dan kakaknya.

image is not available

Sumber: Instagram @datoserivida