Garisan petak kereta perlu dicat baharu

LocalCars
11 Sep 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Garisan petak kereta perlu  dicat baharu

SAYA kerap berkunjung ke Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), cawangan Shah Alam, kerana menemani isteri mendapatkan rawatan perubatan dan seterusnya mengambil ubat secara berkala.

Biasanya tempat parkir kereta yang menghadap pintu utama, penuh, seawal jam 9 pagi. Jika ini berlaku, maka pengunjung perlu meletakkan kenderaan di kawasan belakang pusat perubatan itu.

Sejak beberapa tahun lalu, saya mendapati garisan parkir kereta sudah terlalu pudar. Saya telah merakam gambar seperti yang dilampirkan, sebagai bukti kukuh dan bukannya dakwaan kosong ataupun fitnah.

Saya juga membuat aduan dengan menulis e-mel kepada Pengarah, Unit Kesihatan UiTM, Shah Alam, pada 12 Mei 2026. Dalam aduan tersebut, saya mencadangkan supaya garisan parkir kereta yang terlalu pudar atau ‘hilang’, dicat baharu.

Namun, semasa kunjungan pada 5 Ogos dan 7 September lalu, didapati teguran ikhlas penulis tidak dipedulikan oleh pihak pusat kesihatan ini.

Harapan saya dengan terbitnya maklum balas dalam ruangan Forum ini, membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan positif, demi kebaikan bersama. -UTUSAN

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8,
Shah Alam,
Selangor

The post Garisan petak kereta perlu dicat baharu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved