Garmin Approach S70 Dilancarkan Dengan Skrin AMOLED Dan Bateri Hingga 16 Hari

TechnologyDigital
25 May 2023 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin kini hadir dengan seutas lagi peranti boleh pakai premium baharu menerusi siri Approach S70. Secara umumnya mana-mana jam tangan yang dilancarkan di bawah siri ini memberi fokus terhadap sukan golf. Ia bertujuan membantu mewujudkan pengalaman permainan menyeluruh yang lebih baik menerusi ciri dan fungsi ditawarkan.

image is not available

Misalnya seperti penggunaan skrin AMOLED pada generasi baharu ini membolehkan paparan dapat dibaca dengan mudah dalam pelbagai keadaan. Menurut Garmin, skrin AMOLED yang digunakan juga adalah lebih baik berbanding sebelum ini. Sokongan GPS terbina juga telah diberi peningkatan dengan kemampuan menjejak sehingga 43,000 padang golf di seluruh dunia.

image is not available

Sokongan pembantu maya juga ditambahbaik dengan kemampuan mengumpul data aktiviti yang lebih baik, seterusnya memberi cadangan sepatutnya berdasarkan pelbagai faktor, termasuk ketinggian, kelajuan angin, arah angin dan sebagainya. Terdapat juga ciri PlaysLike Distance yang menyokong barometer terbina serba baharu untuk mengumpul bacaan pukulan yang lebih tepat.

Sama seperti jam tangan pintar yang lain, ia juga memuatkan sensor terbina bagi tujuan pemantaun kecergasan dan kesihatan secara masa nyata. Ini termasuklan pemantauan kadar degupan jantung sepanjang hari, status perubahan kadar jantung, kadar bateri dalam badan, pola waktu tidur dan banyak lagi.

image is not available

Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 16 hari dalam mod jam tangan pintar dan sehingga 20 jam apabila menggunakan GPS. Jam tangan ini boleh didapati dalam dua saiz berbeza sama ada 1.2-inci atau 1.4-inci yang menggunakan bahan berkualiti termasuklah bezel seramik dan kaca tahan calar.

Garmin Approach S70 ditawarkan pada harga bermula $649.99 (~RM3,001). Namun tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan di Malaysia yang diketahui buat masa ini.