Garmin Approach S70 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3210

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 5:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Malaysia kini menawarkan peranti boleh pakai premium baharu menerusi Approach S70. Secara umumnya mana-mana model yang dilancarkan di bawah siri Approach sudah pastinya memberi fokus terhadap sukan Golf. Bagi yang berminat, harga jualanya bermula RM3,210 (42mm) dan meningkat kepada RM3,460 pula untuk 47mm.

image is not available

Sesi pratempah dibuka sekarang dan boleh dibuat menerusi jerayawara MST Golf yang berlangsung Intermark Mall, Ground Floor, The Intermark, 348, Jalan Tun Razak. Jualan pertama pula akan bermula 13 Julai akan datang yang turut boleh dimiliki menerusi pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

image is not available

Garmin Approach S70 dilengkapi skrin sesentuh bewarna sejenis AMOLED sebesar 1.4-inci. Ia juga menawarkan resolusi 454 x 454 piksel yang turut dilapisi Corning Gorilla Glass 3 sebagai pelindungan tambahan. Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan standard disediakan yang merangkumi status perubahan kadar jantung, kadar bateri dalam badan, pola waktu tidur dan banyak lagi.

image is not available

Sokongan GPS terbina juga telah diberi peningkatan dengan kemampuan menjejak sehingga 43,000 padang golf di seluruh dunia. Dalam pada itu terdapat juga ciri PlaysLike Distance yang menyokong barometer terbina serba baharu untuk mengumpul bacaan pukulan yang lebih tepat.

Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 16 hari dalam mod jam tangan pintar dan 20 jam apabila menggunakan GPS.