Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

DigitalHealth & Fitness
15 May 2026 • 4:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Garmin melancarkan dua pilihan jam tangan baharu iaitu Forerunner 70 dan Forerunner 170 di Malaysia. Kedua-duanya hadir dengan fokus terhadap pengalaman larian yang lebih lengkap sambil menawarkan ciri pintar untuk gaya hidup aktif.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Forerunner 70 dilengkapi skrin AMOLED 1.2 inci dengan kawalan sentuhan serta lima butang fizikal. Ciri larian terbina disokong oleh GPS untuk jarak, masa dan pace. Sokongan metrik berasaskan pergelangan tangan pula merangkumi kadar langkah (cadence), panjang langkah dan masa sentuhan tanah. Selain itu, ia menawarkan pemantauan kadar denyutan jantung, HRV, cadangan senaman harian serta pelan latihan melalui Garmin Coach.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119
Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Ia turut menyokong lebih 80 jenis senaman, perancang laluan dan ramalan perlumbaan. Fungsi pintar pula merangkumi Morning Report, Evening Report, Body Battery, notifikasi pintar, LiveTrack serta arahan Google Maps untuk pengguna Android. Anggaran hayat baterinya mampu mencapai 13 hari penggunaan biasa atau 16 jam dalam mod GNSS penuh.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Forerunner 170 menggunakan skrin AMOLED 1.2″(390 x 390 piksel) namun tiada lagi sokongan butang serta fungsi pengiraan kawasan seperti model sebelumnya. Sebaliknya, jam tangan ini ditambah baik dengan lebih 50 mod senaman, dilengkapi giroskop serta ciri perisian baharu seperti Smart Wake Alarm, Garmin Fitness Coach dan Shortcuts.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 19 hari dalam mod penjimatan, 10 hari dalam mod jam pintar dan 14 jam dalam mod GNSS penuh. Selain itu, jam ini menawarkan ketahanan 5 ATM bersama metrik latihan lanjutan dan panduan pemulihan termasuk pace, jarak serta kadar denyutan jantung.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Fungsi latihan turut diperhebatkan dengan cadangan senaman harian yang menyesuaikan diri mengikut prestasi, pelan latihan peribadi melalui Garmin Coach yang berubah mengikut tahap kesihatan dan sasaran. Kemudian, pemantauan HRV pula membantu memahami kesihatan dan pemulihan melalui variasi kadar denyutan jantung semasa tidur.

Image from: Garmin Forerunner 70 Dan Forerunner 170 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM 1119

Terdapat juga ciri latihan lanjutan seperti Training Readiness, Training Status dan Training Effect yang menambah dimensi kawalan prestasi. Ia juga membolehkan pengguna memuat turun senarai main Spotify terus ke jam di samping kebolehan membuat pembayaran nirtunai melalui Garmin Pay.

Di Malaysia, kedua-duanya mula disenaraikan sebagai akan datang dengan harga bermula RM1,199 untuk Forerunner 70, RM1,349 untuk Forerunner 170 dan RM1,549 untuk Forerunner 170 Music.