Garmin Venu 3 Dan Venu 3S Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM2,220

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 12:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teka teki kini tentang peranti boleh pakai baharu Garmin akhirnya terjawab selepas jenama itu mengesahkan kini mula menawarkan Venu 3 dan Venu 3S di Malaysia. Kedua-duanya dijual pada harga RM2,220 dan ketersediaan rasmi adalah bermula 11 September mendatang menerusi pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

image is not available

Untuk spesifikasi Venu 3 dilengkapi dengan skrin 1.4-inci dengan resolusi 454 x 454 pixels, sementara itu skrin Venu 3S pula sebesar 1.2-inci beresolusi 390 x 390 pixels. Kedua-duanya menawarkan dua saiz kerangka iaitu 41mm dan 45mm yang menggunakan skrin AMOLED bewarna sesentuh dan tali silikon pelbagai warna.

image is not available

Turut disertakan adalah pelbagai ciri kesihatan serta kecergasan standard terbina. Namun ciri yang paling menyerlah adalah jurulatih tidur serba baharu dan pengesanan masa tidur automatik. Di samping terdapat juga mod kerusi roda terbina yang boleh menjejak jumlah kerusi ditolak seharian dan pengesanan khusus untuk kerusi roda.

Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 14 hari untuk Venu 3, kemudian Venu 3S pula boleh digunakan sehingga 10 hari. Melengkapinya lagi adalah pembesar suara dan mikrofon terbina yang bermakna panggilan telefon boleh dijawab dan mesej juga boleh dibalas terus daripada jam tangan.