Honor X6a Dan X5 Plus Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM449

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini menawarkan dua lagi peranti baharu di bawah siri X untuk pasaran Malaysia. Ianya terdiri dengan Honor X6a dan X5 Plus yang masing-masing dijual pada RM449 dan RM599 sebuah. Ketersediaan adalah bermula hari ini menerusi pengedar sah Honor di seluruh Malaysia sama ada secara dalam atau luar talian.

image is not available

Bermula dengan Honor X6a, ia menggunakan skrin TFT LCD sebesar 6.56-inci HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G36, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5,200mAh. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP + 2MP + 2MP bersama kamera swafoto 5MP sebegai pelengkap peranti ini.

image is not available

Seterusnya Honor X5 Plus juga berkongsi sebahagian ciri dan fungsi yang sama dengan X6a. Ini termasuklah skrin TFT LCD sebesar 6.56-inci dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G36, kamera swafoto 5MP dan bateri berkapasiti 5,200mAh.

Apa yang membezakan kedua-duanya adalah gabungan memori lebih kecil iairu 4GB RAM dan 64GB ROM. Kemudian X5 Plus pula hanya dilengkapi dwi-kamera utama yang terdiri dengan 50MP + 2MP.