Gas ammonia kilang bocor

5 Jun 2024 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan Hazmat turut terlibat dalam operasi selepas sebuah kilang di Bandar Baru Selayang mengalami kebocoran gas ammonia, pada Rabu.

GOMBAK - Sebuah kilang di Bandar Baru Selayang di sini mengalami kebocoran gas ammonia, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri menerima panggilan berkaitan kes itu pada jam 10.25 pagi.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kita mendapati kebocoran gas ammonia berlaku di bahagian stor kilang tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, pihak bomba telah membuat pengungsian bangunan dan melakukan tempat untuk nyahcemar (decon) di lokasi berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada salah satu daripada empat silinder yang menyimpan gas ammonia di bahagian stor berkenaan.

"Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Shah Alam telah membuat kerja-kerja intervensi untuk menutup valve silinder ammonia yang bocor," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved