Tiga kereta rosak dihempap pokok

29 May 2024 • 6:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang dalam kejadian di Apartment Kemboja, Bukit Sentosa pada Rabu.

HULU SELANGOR - Tiga kereta yang diletakkan di kawasan parkir di Apartment Kemboja, Bukit Sentosa rosak dihempap pokok dalam kejadian pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh lapan kilometer.

"Kejadian melibatkan tiga kereta iaitu Proton Wira dan dua buah Perodua Myvi dihempap sebatang pokok yang tumbang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

"Anggota bomba bertugas sedang menjalankan kerja-kerja bagi mengalihkan pokok berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved