Gas bocor: Pekerja restoran, petugas KKM pengsan

10 Oct 2022 • 11:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan hazmat membuat pemeriksaan di bahagian dapur premis terbabit. Foto JBPM Selangor.

image is not available
Tiga mangsa tidak sedarkan diri dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah premis makanan segera. Foto JBPM Selangor.

AMPANG - Dua wanita pekerja sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya, di sini pengsan dipercayai akibat kebocoran gas di premis berkenaan pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang masuk untuk membantu mangsa turut tidak sedarkan diri dalam premis terbabit.

"Sebuah jentera dan dua pasukan hazmat dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi.

**media[1939255]**

"Pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki restoran berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi kawalan pihak bomba sedang dijalankan.